Berfikiran Positif Dan Optimis


20101011-flightDunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai tujuan/keinginan kita.

Bijak pandai pernah berkata, “Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri.”

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Sayangi diri.

Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.

Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Kisah Guru Dan Murid

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, “Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?”

Dan para murid menjawab, “Ya! Kami sayang diri kami!”

Ujar guru itu, “Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?”

“Belajar sungguh-sungguh!”

“Jaga hati!”

“Pakai topi keledar!”

Maka kata si guru,

“Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima.”

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, “Bagus!”

Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.

“Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?”

“Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!”

“Bagus!”

Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.

“Kenapa bagus?”.

“Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu.”

Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, “Hebat!”

Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!

Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi “Menuju Kejayaan.”

“Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.”

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

  • Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya’ban, wa ballighna Ramadhan. Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.
  • Tarbiyah

    Tanpa pembinaan dan penataan yang benar kelas ini akan menjadi kekuatan destruktif yang dikendalikan tangan-tangan berdarah. Dendam kemiskinan kerap membuat orang melahap fatamorgana. Mereka melahap tuduhan bahwa masyarakat tak peduli kepada derita mereka, lalu menyambut lambaian para penipu yang akan menunggangi mereka. Kalau para kader hanya mencemooh dari jauh kelicikan para tengkulak yang memperdagangkan kemiskinan dan melahap begitu banyak hak masyarakat miskin, tetaplah roda kemenangan berpihak kepada angkara murka.(Untukmu Kader Dakwah..(Alm.Ust.Rahmat Abdullah)
  • Baca Yuukk…!!

    "Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, 'Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?' Lalu jawab Baginda, 'Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!' Kemudian Baginda ditanya lagi, 'Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?' jawab Baginda, 'Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)'." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
  • Demi Waktu

    Juni 2013
    S S R K J S M
    « Okt   Sep »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • TRANSLATE

  • Tamu Online

  • Find Me On

  • Gabuk Yuk..

  • Top Rating

  • Tulisan Terakhir

  • Tuker Link

    Kolom blog tutorial FB Kolom blog tutorial WP
  • HALAL..! Ayo Gabung!

  • Artikel Menarik

    Belajar Membuat Wordpress

    Belajar Membuat Wordpress

  • Kategori

    Aku Pasti Bisa Berita Cinta Dunia IT Getar2 Kerinduan Qalbu Hati Informasi Kesehatan Kisah Manajamen Waktu Mari Bermuhasabah Menikah Motivasi News Palestin Pendidikan Pengetahuan Perjuangan Puasa Puisi Kreatif Renungan Sang Murobbi Spirit Teknologi Umum Uncategorized Ust. KH.Rahmad Abdullah
  • Dilarang Copy Paste Tanpa Ijin !

    Protected by Copyscape Plagiarism Software
  • Twitter’ku

    Kesalahan: Twitter tidak merespons. Tunggulah beberapa menit dan perbarui halaman.

  • Pintu Gerbang

  • DOWNLOAD BROSUR LAPTOP & Accesories Lengkap

  • %d blogger menyukai ini: