Tibalah satu lagi Ramadan untuk kita. Satu bulan penuh rahmat, penuh keberkatan dan juga peluang meningkatkan prestasi ibadah.
Anggaplah bulan ini sebagai satu titik perubahan untuk kita, daripada buruk kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. Satu isu yang menonjol dalam dunia tarbiyah setiap kali menjelang Ramadan, adalah kefahaman dan kecintaan terhadap bulan puasa itu sendiri. Jadi bukanlah sesuatu yang perlu bagi saya untuk memberi pendapat tentang isu ni, kerana ia sudah terlalu banyak dibicarakan di internet.
Saya cuma ingin ketengahkan satu perkara; niat kita berpuasa. Saya pernah terbaca dalam satu artikel bahawa “Orang Malaysia memang suka buat ibadah sunat, walhal ibadah wajib ditinggalkan.”
Perkara ini, pada hari-hari biasa pun, banyak berlaku depan mata kita. Sebagai contoh, ada yang berpuasa sunat Isnin dan Khamis walaupun solat fardu kadang-kadang ditinggalkan (contohnya, kita sangat susah untuk bangun menunaikan Solat Subuh). Ada juga yang bersedekah beratus-ratus ringgit tetapi zakat tidak ditunaikan. Niat sebenar? Baca lebih lanjut →
0.000000
0.000000
Filed under: Informasi, News, Pengetahuan, Perjuangan, Puasa, Umum | Tagged: Betulkah Niat Puasa Kita?, Islam, muslim, Muslim Kuat, muslimah, Puasa, Puasa Ramadhan, Puasa Ramadhan/Wajib, Ramadhan, Ramadhan 1433 Hijriah, Wajib | Leave a comment »